Saturday, July 21, 2007 

Nota

Image HostingBingkisan surat mengisi nota-nota yang disulami dengan ilham norma dan dogma.Kehalusan manik-manik tulisan disulami dengan persoalan penuh tanda tanya.
Berakhirkan noktah dengan canda tawa?
atau hanya bermandikan titisan air mata?
mencoretkan pelbagai kisah, mencerminkan pelbagai watak
mengupas sebuah cerita yang sentiasa membawa makna yang berbeza.
Adakah kita bersedia menghadapi segala kemungkinan yang tiba?
Mengadili kepada yang seharusnya?
Adakah nasib kita terbela dengan hanya seutus bahasa?
Fasa dalam kehidupan kita terukir dengan pelbagai epilog datangnya untuk menguji kita.
Menguji insan yang lemah dan mudah diperdaya.
Segala firasat yang jatuh ke bumi lantas diutus untuk mencari jalan yang hakiki.
Percaya bahawa impian bermula dengan dugaan.
Berat umpama besi atau ringan bak kertas
Tempuhlah dengan sepenuh hati.
Jangan pernah berhenti wahai teman.
Bersedialah seadanya kerana
secebis nota tetap akan tiba untuk kita menyingkap hidup di penghujungnya.

Thursday, July 19, 2007 

Tanpanya

Image Hosting
Baru sahaja hati ini disulami dengan hari hari yang sangat membahagiakan, senyuman yang melakarkan keriangan bersama dengan cinta idaman. Kepuasan yang dinanti naluriku selama setahun utk kecapinya, untuk kembali bersamanya. Kekuatan,kesabaran keukuhan sebuah pertalian. Kerna tanpanya usah dikenang sebuah kisah cinta sejati. Namun ia pantas dirobek dengan sebuah lagi ujian. Memang kisahnya panjang utk dicoretkan, petah untuk dituturkan, namun segala titisan keringat untuk mendapatkannya kembali tidak pernah ku rasa walaupun sehingga ke saat ini. Ku bersyukur pada yang Maha Esa kerna doaku untuk bersamanya termakbul.
Dalam sebuah jalan yang indah pasti lalui liku liku perit untuk mengenali erti hidup. Dan jalan-jalan inilah yang akan menentukan sebuah klimaks satu cinta sejati. Memang sukar untuk gapai kebahagaian. Apatah lagi untuk mencapai kejayaan. Aku mengenali dunia ketika tiada bersamanya, ketika melalui zaman duka. Aku kenal erti hidup , erti susah tanpanya. Peluang yang aku dapat kini tidak akan aku siakan kerna bersamanya melengkapkan hidup seorang insan seperti mel yang sentiasa bertatahkan senyuman dan keriangan dalam kehidupan. Bersamanya kini seperti diterangi kembali oleh cahaya mentari setelah diselebungi dengan kesunyian malam. Dia memberikan air setelah aku menagihnya setiap hari, mencarinya setiap sisi bagi meneruskan isi hidup. Kehadirannya adalah pangkal segala dan belaiannya membuatku kembali bernafas dan ceria menghadapi makhluk bumi. Alhamdulilah. Percayalah sayang , akan ku abadikan peluangmu ini sebagai janji untuk bersamamu selamanya.
Namun sama seperti yang warwarkan di pangkal cerita , kebahagian ini diuji sekali lagi dengan pemergiannya bagi menimba ilmu di negeri orang. Hatiku bagi diguris sekali lagi , namun kali ini mel lebih bersyukur kerna mel tahu yakni dia masih bersama mel. Ku berserah pada takdir tuhan kerna jujurnya aku telah melakukan apa yang termampu dan keikhlasan ku mengasihi insan sepertinya adalah datangnya dari hati. Namun hakikatnya, walaupun pemergiannya hanyalah sementara, hidup ni ternyata sunyi dan ditenggalami dengan kesuraman. Ternyata dia adalah lampu yang menerangi setiap pelusuk dalam sanubariku. Tanpanya aku bernadi, tanpanya aku tetap berdiri untuk meneruskan perjuangan untuk mengekal hubungan kisah abadi.


Friday, February 09, 2007 

Saingan

Bila kau menyedari diri kau disaingi ,kau harus fahami bahawa diri kau adalah hebat kerna dalam benak seorang lelaki diri kau diperhati dan dihalusi. Walaupun diri sendiri mempunyai pelbagai kelemahan dari setiap sisi tapi itu tak bisa dijadikan alasan untuk hati bersatu dan berlawan dengan setiap saingan yang berada di kanta mata. Mungkin satu ketika dia berada diatas dan berjaya memiliki segala yang pernah kau gapai. Tapi kapan pun dia akan jatuh dan mengagumi siapa dirimu sendiri. Epik begini mungkin terjadi. Mungkin dari tatapan seorang pelangi ,diri sainganmu yang di jadikan tunjang dan kau adalah ekor pada kehebatan seorang lelaki.

Image and video hosting by TinyPic

Kini mungkin segalanya bakal berubah kerana kehebatan seorang lelaki adalah datang pada hati. Tiada apa yang cekal mungkin disingkap lagi. Sehebat mana sang arjuna pun , kau harus tahu , bahawa kau yang menilai apa yang tercipta di bumi. Kau bebas memiliki. Kenangan pasti menjadi landasan pada setiap yang dimiliki namun kenangan yang lebih indah akan lebih diingati dari segala memori yang hanya bermain pada ketika yang didasari. Tercipta sebuah cerita kerana ia lahir dari peristiwa. Dan epilog sebuah cerita pasti berakhir antara suka atau duka. Jadi kemenangan lelaki ialah yang berjaya mencipta senyuman dan mengakhiri cerita dengan madah kesukaan.

 

Cabaran


Image and video hosting by TinyPic

Hidup penuh persoalan. Mel anggap sebagai cabaran. Memang susah untuk menilai hati seseorang , mengetahui apa yang bermain dalam sanubari , adakah nalurinya bersamaku , atau masih berada di awangan lalu. Lelah ku berdiri menginginkan hendak hakiki. Namun perjalanan yang didaki bukan semudah yang kau tangisi. Lelah ku menunggu walau badai menghempap bumi , namun tangisanku mudah terjah tanpa dihalusi. Mungkin waktu berlalu dahulu mel tak mengerti apa yang melanda situasi , kapan bila mel sedari , ini bukan lagi kehendak yang mahu mel gapai. Bukan seenak apa yang berada dalam lunak minda. Apa yang berkocak dalam hati. Hari berubah dari kian detik , berterusan tanpa memberi penjelasan. Begitu dengan nilai manusia yang terus menghukumi dan mengadili. Walhal hati kecil yang lain masih butuhkan sedikit penjelasan. Tabah harus mel singkap menjadikan segumpul kekuatan untuk bertemu dengan sebuah keputusan. Cabaran adalah nikmat yang mel hadapi. Ini lah kini. Tiada apa yang dapat menembusi cahaya hati. Cuma kekuatan inilah yang dapat mel guna untuk capai apa yang tiada dan menunggu apa yang mungkin ada. Mungkin dia tercipta untukku atau mungkin lumrah menyatakan dia lebih indah pada haknya.

Thursday, January 11, 2007 

Pangeran

Lumrah kehidupan bagi manusia untuk dicintai dan mencintai , tapi sememangnya dalam hidup ini hakikatnya bukan semua yang kita ingini akan kita perolehi. Keikhlasan dan kejujuran penting dalam membuat pilihan kerana ini merangkak kepada sebuah perhubungan yang intim. Buat apa nak mengejar sebuah mimpi yang yakni dan jelas diperhati tidak akan dimiliki? Kerana ia bagaikan sebuah taman yang indah tapi sang kumbang menjadi penjaganya. Menginginkan sesuatu yang hakikat berkemungkinan tidak berhak dimiliki. Tapi tak salah untuk mencuba , kerna itu pangkal sebuah perjuangan. Usaha melunaskan kejayaan , tapi nasib yang akan mecorakkan arus segala impian. Nikmatilah hidup seadanya , nyata lebih bermakna bila kenangan itu dinikmati bersama , tidak kira ianya hanya teman istimewa atau rakan-rakan yang menjadi duri dalam daging seorang pangeran seperti mel. Terbukti , yang setiap saat perjalanan jantung berdetik ini lah , segala kenangan dikecapi dan akan di kenangi sehingga mata menutup meninggalkan bumi. Jadi bersama ketika ada , dan kenangkan bila jauh di mata.

Thursday, December 28, 2006 

Tirai 2006

Image Hosting by Picoodle.com
Biar apa pun yang tersurat pada tahun ini , ia kelihatan seperti semakin mekar mengembang dari layu yang jatuh dari pohon seperti apa yang terjadi pada tahun sebelumnya. Mengajar mel erti sebenar kehidupan walau mel sedar , mel masih meniti arus kehidupan yang sesungguhnya semakin mencabar untuk mata menghalusi dan badan menempuhi. Tapi apakan daya , hidup ini adalah untuk mempelajari apa yang tersirat , apa yang terlidung dalam manik manik kehidupan. Sorotan kisah mel dalam tahun ini banyak berbeza , ditimpa pelbagai onak , dan detik-detik manis kehidupan terus membuatkan mel tersenyum. Tingkah laku manusia memang tak bisa ditahan , namun pada kenyataan, rakan² yang membuat mel tertawa sehingga ke akhir kini. Walaupun dilunak dengan pelbagai duka yang mampu mengoreskan mata dan menitiskan air beharga , ia semua nya kenangan yang tidak ternilai harganya. Semua telah tercatit dan itulah lumrah hidup mel. I hate when it comes to relationship , i cant find the full stop. May Allah ; will help me with that.
Mel hidup dengan prinsip yang hidup ini adalah pilihan. Kita yang menentukan arah kita , menentukan apa yang senantiasa tersurat dalam sanubari. Tapi apa yang benar , kita jarang dapat membuat pilihan , dan hakikatnya pilihan terbaik kita bukan terbaik untuk semua. Dan akhirnya menyusulkan kepada prinsip hidup yang kedua yakni hidup kita adalah ketentuan , apa yang kita pilih , itu lah yang termaktud dalam diari hidup masing². Biarlah ia suram seperti mendung menutupi alam ini atau ia seindah matahari yang menyinari kehidupan sosial seluruh makhluk di muka bumi , segalanya adalah penentuan. Jadi apabila ketentuan telah dinyatakan , kehidupan ini adalah karma. Apa yang kita lakukan mungkin akan terjadi terhadap diri kita. Mata ini bisa melihat kenyataan yang agak menakutkan tapi sebenar nya ini lah hakikat bukan kebetulan.
Image Hosting by Picoodle.com
2006 Moment : Italy in World Cup 2006 Final
2006 Movie : Pirates Of the Caribbean / Cars
2006 Songs : Naluri Lelaki & Pretty Vegas
2006 Artiste : Dewa & Justin Timberlake/ My Chemical Romance
2006 Goals : Scholes absolute technique shot!
2006 Occasion : My Open House / Amelia's Birthday Party
2006 Makan² place : Suzy's Corner.
2006 Actor / Actress : Wentworth Miller / Keira Knightley
2006 TV Series : Prison Break / Full House
2006 Footballer : Christiano Ronaldo
2006 Breakout Star : JD Fortune / Fall Out Boy
2006 Concert : Pesta Malam Indonesia
2006 Website : http//fadzmel.blogspot.com duhhhh

Image Hosting by Picoodle.com

Biar apa pun yang terjadi pada tahun 2006 , ia akan terus menjadi kenangan terindah biarpun ia pahit untuk ditelan. Mel tak dapat kan apa yang Mel nak dari tahun lepas walaupun benda tu dah berada depan mata. Tapi tak rasa sangat sebab mel happy tengok orang yang mel sayang happy. Biarlah apa yang terpendam di hati menjadi bekalan untuk meneruskan hari hari menjelang. Mel minta maaf jika ada yang terluka kerna mel hanya insan biasa. Satu-satu nya nikmat hidup ia kegembiraan yang diberi dan kesedihan yang dikongsi. Labuh tirai 2006 dengan pelbagai alunan dan terbit 2007 dengan penuh kejutan. :D

Image Hosting by Picoodle.com

Sunday, November 19, 2006 

Friends

I love my friends!! im goin to let my friend to choose whats best for me! in a way of giving opinion.. Korang paling best ahhh! Sapa Jaba!? Hahahahaha!~ Kenapa perasaan manusia tak boleh di kawal sedang kan dia tahu yang seseorang tu bukan kemahuan dia! Ish! Its so hard.. Sekarang mel pun tak tahu apa yang mel nak! Biarlah.. maybe its just the feeling! Bermulalah episod cuti mel! Haha.. Keep on reading!

Friday, October 20, 2006 

Bayangkanlah

Hari ini semua orang pun sibuk! so berbuka with kawan² putrajaya.. finally dierang tak bz.. uhhh.. thanks to ah siong again.. mel betul kereta for free.. anyone? hehe.. hahaha.. baru dapat msg from din's mother.. wish her happy birthday just now.. lagi kawan break pasal orang ketiga.. Ish3.. paling tak bestt... hari ni borak2 pasal relationship dengan mama.. ( ngumpat ) akhirnya mama setuju dengan mel pasal yang lama tu.. its hard 2 convince her at one time.. yeah! and for nabilla.. thank u so cuz now u can understand the situation.. its different now.. hurm.. haa.. hari ni mel dapat tau lagi pasal orang yang mel suka.. huhu ;P mana laa tau.. mana kad raya nih!!! haha

"kehidupan baru ini akan ku susun lantas ia menyusul berseri di nian hari"

About me

  • I'm amel
  • From Putrajaya, Malaysia
  • Ini hanyalah nukilan yang bermain di hati yang dicoretkan menjadi butir butir perkataan. Biar ia dihayati untuk pedoman di nian hari. Terdapat lebih dari 30 artikel untuk tatapan, hanya klik pada setiap bulan untuk setiap artikel
My profile
Powered by Blogger
and Blogger Templates