Thursday, July 06, 2006 

Senyuman

Image and video hosting by TinyPic
Setelah menyepi dengan kedukaan lalu menyelit kegembiraan penawar segala pilu. Bukan mudah untuk mengamit segala keriangan yang berlaku sejenak itu. Ku tatap ku selubung dengan erat supaya saat saat indah sebegini tidak hanya berlaku seketika. Pintaku kuinginkan perjalanan sebegini untuk selamanya. Tapi bukan mudah seperti yang ku pinta , kemahuan manusia adalah ramalan , dan penentuannya bukan terletak di atas tangan berasalkan tanah ini. Hidup yang penuh penyiksaan , perangkaan yang selalu tidak tepat dan manusia menghitung nasib tidak berkesudahan. Panah ditarik lantas dilepas dan berharap mengena pada sasarannya. Kena atau tidak? Subjektifnya ia bergantung pada individu untuk melengkapkan penyudahnya.
Tapi kenapa? aliran yang disusun begitu tepat dan tersusun untuk menikmati suatu yang indah tidak diterima malah di turunkan lebih bencana. Walhal bila dihitung kehidupan ku bersama yang lain , hidup ku jauh lebih sengsara , lebih tersiksa zahir dan batinnya. tetapi kian yang berhak menerimanya bukan diriku akhirnya. Kegembiraan adalah terhad nikmatnya. Terlalu indah untuk dibiarkan melayang begitu sahaja. Hujan tidak datang tanpa mendungnya , begitu juga dengan tawa , ia tidak tampil tanpa keriangan yang menusuk jiwa.
Utuskan lah kegembiraan pada yang sepatutnya. Kerna mereka berhak untuk menerima. Seketika bukan lah hak untuk setiap umat untuk berbicara. Biarlah lah senyuman yang terukir sementara ini akan menjadi bekalan untuk mencantum segala keriangan dalam hati selamanya.

Sunday, July 02, 2006 

Alunan

Image and video hosting by TinyPic Hari ini aku terfikir bagaimana alunan lagu dapat membuaikan perasaan dalam hidup pasangan bercinta. Berkeroncong irama melagukan sunyi keindahan dalam minda seorang puteri disambut mesra oleh layang-layang cinta nota-nota musik berterbangkan sayap seorang pujangga misteri. Tiada kira secantik mana alunan musik dipersembahkan , kerna yakni liriknya memainkan peranan. Bibit-bibit melodi yang syahdu di sulami dengan butir-butir kata yang bisa membuatkan seseorang menjujurkan air mata jatuh ke setiap sisi.
Bila bahu si lelaki ditiduri kepala si manis , pangkalnya semua penuh bermakna , dihidangi alunan musik yang begitu menyusup hati. Saat-saat romantis diukir dengan pelbagai bahasa , dirungkaikan dengan penuh makna. Tenang jiwa seketika setelah segala duka tersiksa menempuhi segala hasrat di jiwa. Bagaikan hilang di awang-awangan. Sejuk hati tiada terhingga, bagaikan ingin terus menutup mata membayangi nikmat indah gabungan dua bingkisan rahsia untuk menjalin nota cinta. Irama dan lagu , tiada yang palsu , ia lambang cinta ukuh, terbukti jika setiap hati akan terus terdetik ketika mendengar laungan do re mi diacukan bersama.

Image and video hosting by TinyPicSentimental petikan gitar bersama petikan piano dialunkan bersama lunak suara seorang penyanyi akan membisikkan pelbagai misteri bagi menyaksikan satu lagi episod cinta suci. Percaya pada telinga anda. Kerna ia adalah aset untuk mendengar yang asli. Hayatilah setiap ruang yang diberi , setiap alunan yang terngiang di setiap seri. Yang anda bakal dengar adalah suatu kenangan , suatu saat di mana satu hari nanti kau akan merasa bahawa musik adalah permainan jiwa , di mana bila anda menghayatinya , ia akan menyingkap seribu satu rahsia

Saturday, July 01, 2006 

Gelora

Image and video hosting by TinyPic


M
enelan dilema bila kita menyalahkan diri sendiri setelah melakukan kesilapan yang tiada duga akan menyinggah. Walhal kesilapan yang melanda bukan berasal dari nafas diri yakni dari seseorang yang kita ingin kasihi. Bukan mudah untuk menerima segala yang telah tersemadi tetapi ini hakikat yang perlu kita ceburi.
Manusia mana yang tidak pernah melakukan kesilapan , manusia mana yang tidak pernah jatuh ketika hati dan naluri berada di puncak sebuah dramatis? Ini semua adalah pendidikan yang mencurahkan pengalaman. Berpegang kepadanya.Segala yang terjadi bukanlah kemahuan diri , tapi semua tercatit buat kita memerhati.

Perasaan yang bersemi bersama gelora hati sering dilamun bila kita sedang enak mengalaminya, namun bila kita sudah bergelut dengan sesuatu yang tidak diingini kita sendiri akan menyangka bahawa kita telah melakukan satu perilaku yang sukar untuk kita fahami. Lantas kita menyalahkan diri sendri. Menunjuk tepat pada sanubari seolah telah menyimpang dari arah yang awalnya kita yakin semua ini adalah realiti.

Berdiam lah , bersabar lah kerna semua ini telah tercatit , biarlah yang betul-betul terdedah dengan durjana berhak menerima hukuman yang setimpalnya. Aku sekadar pemerhati segala perlakuan di bumi , menerima dari segala segi. Kita adalah manusia hakiki. Setinggi mana gunung didaki , laluan di bawah masih belum dijejaki. Teruslah hidup berdasarkan tuntutan , berserah pada yang Esa , berpijak pada bumi nyata. Tiada apa yang mustahil kerna dunia tiada penghujungnya dan pemergian adalah kesudahannya.

 

Harapan

Pelik kan , pergerakan minit-minit dalam kehidupan kita jarang sedar ia berjalan. Kadang kadang kita sendiri tidak menyangka ia boleh menjadi realiti. Ye lah , sesuatu yang kita tak bisa minta sekarang , menyusut lambat laun ia telah menjadi kenyataan. Mungkinkah ini kebetulan atau ia adalah suratan dalam kemanisan kehidupan seorang ahli pribumi. Takdir menentukan setiap langkah manusia pada masa hadapan , usaha dilakukan kini untuk memberikan warna indah di kian hari. Yang inginku war war kan adalah mengapa benda yang sesungguhnya tidak pernah ku rancang dalam hidupku secara tiba-tiba ia datang dan memasuki jiwaku. Ini lah di nama kan fatwa dan rancangan kehidupan yang telah disusun oleh Maha Esa. Berliku dan arah yang dituju jauh bersilang dari cadangan yang tersedia. Segala ramuan yang kita hidangkan bagi mengenali erti kehidupan adalah hanya bekalan sementara bagi menabdikan diri seutuh perilaku seorang individu sejati.

Image and video hosting by TinyPic

Dihimpit diuli pulut disaji , begitu juga kesempitan dalam hidup manusia kini. Sewaktu usia kecil pelbagai andaian dibuat terhadap diri. Tinggi menggunung seolah-olah tidak tercapai apa dipinta. Bertalikan nadi berjubah putih dipinta menjadi doktor , berbutang rapi bertalikan kain melintang di tengah tubuh umpama si sakretriat besar , berbaju hitam legam labuh jatuh hingga ke bumi dikatakan pandai bicara umpama peguam. Segala butir kata-kata dikeluarkan menaruh harapan bagaikan janji. Namun tangga yang hendak dinaiki bukan lah mudah seperti yang disangka.
Lazimnya , segala yang dicita mungkin terlaksana , mungkin ya? mungkin juga ada sangkalnya. Sukar untuk menyangka apa yang kita inginkan dan takut buat kita untuk menghadapi kenyataan. Dunia dengan pancarobanya. Tiada siapa tahu kesudahannya....

About me

  • I'm amel
  • From Putrajaya, Malaysia
  • Ini hanyalah nukilan yang bermain di hati yang dicoretkan menjadi butir butir perkataan. Biar ia dihayati untuk pedoman di nian hari. Terdapat lebih dari 30 artikel untuk tatapan, hanya klik pada setiap bulan untuk setiap artikel
My profile
Powered by Blogger
and Blogger Templates