Friday, February 09, 2007 

Saingan

Bila kau menyedari diri kau disaingi ,kau harus fahami bahawa diri kau adalah hebat kerna dalam benak seorang lelaki diri kau diperhati dan dihalusi. Walaupun diri sendiri mempunyai pelbagai kelemahan dari setiap sisi tapi itu tak bisa dijadikan alasan untuk hati bersatu dan berlawan dengan setiap saingan yang berada di kanta mata. Mungkin satu ketika dia berada diatas dan berjaya memiliki segala yang pernah kau gapai. Tapi kapan pun dia akan jatuh dan mengagumi siapa dirimu sendiri. Epik begini mungkin terjadi. Mungkin dari tatapan seorang pelangi ,diri sainganmu yang di jadikan tunjang dan kau adalah ekor pada kehebatan seorang lelaki.

Image and video hosting by TinyPic

Kini mungkin segalanya bakal berubah kerana kehebatan seorang lelaki adalah datang pada hati. Tiada apa yang cekal mungkin disingkap lagi. Sehebat mana sang arjuna pun , kau harus tahu , bahawa kau yang menilai apa yang tercipta di bumi. Kau bebas memiliki. Kenangan pasti menjadi landasan pada setiap yang dimiliki namun kenangan yang lebih indah akan lebih diingati dari segala memori yang hanya bermain pada ketika yang didasari. Tercipta sebuah cerita kerana ia lahir dari peristiwa. Dan epilog sebuah cerita pasti berakhir antara suka atau duka. Jadi kemenangan lelaki ialah yang berjaya mencipta senyuman dan mengakhiri cerita dengan madah kesukaan.

 

Cabaran


Image and video hosting by TinyPic

Hidup penuh persoalan. Mel anggap sebagai cabaran. Memang susah untuk menilai hati seseorang , mengetahui apa yang bermain dalam sanubari , adakah nalurinya bersamaku , atau masih berada di awangan lalu. Lelah ku berdiri menginginkan hendak hakiki. Namun perjalanan yang didaki bukan semudah yang kau tangisi. Lelah ku menunggu walau badai menghempap bumi , namun tangisanku mudah terjah tanpa dihalusi. Mungkin waktu berlalu dahulu mel tak mengerti apa yang melanda situasi , kapan bila mel sedari , ini bukan lagi kehendak yang mahu mel gapai. Bukan seenak apa yang berada dalam lunak minda. Apa yang berkocak dalam hati. Hari berubah dari kian detik , berterusan tanpa memberi penjelasan. Begitu dengan nilai manusia yang terus menghukumi dan mengadili. Walhal hati kecil yang lain masih butuhkan sedikit penjelasan. Tabah harus mel singkap menjadikan segumpul kekuatan untuk bertemu dengan sebuah keputusan. Cabaran adalah nikmat yang mel hadapi. Ini lah kini. Tiada apa yang dapat menembusi cahaya hati. Cuma kekuatan inilah yang dapat mel guna untuk capai apa yang tiada dan menunggu apa yang mungkin ada. Mungkin dia tercipta untukku atau mungkin lumrah menyatakan dia lebih indah pada haknya.

About me

  • I'm amel
  • From Putrajaya, Malaysia
  • Ini hanyalah nukilan yang bermain di hati yang dicoretkan menjadi butir butir perkataan. Biar ia dihayati untuk pedoman di nian hari. Terdapat lebih dari 30 artikel untuk tatapan, hanya klik pada setiap bulan untuk setiap artikel
My profile
Powered by Blogger
and Blogger Templates