Monday, March 27, 2006 

Masa

Sore nan lalu menyusuri senja tatkala sang mentari melabuhkan tirainya. Detik demi detik jarum waktu meniti setiap saat mengharungi alam fana ini. Ragam manusia menjadi intipati setiap perjalanan waktu. Masa umpama emas yakni akan hilang dari pandangan mata jika kau tidak menghargainya. Ia datang seketika namun ia lewat sekelip mata. Kita lah mengejarnya. Kita manfaatkannya. Walau ia dusta atau benar , ia tetap akan berlalu. Tiada manusia yang bisa menoleh waktu , berpaling pada yang dulu. Hanya kenangan nian hinggap di sanubari. Sebagai satu potret sejambak bunga yang mekar mewangi.

Akal dan fikiran menjadi aset menentukan arah tujumu dalam arus pengaliran waktu. Memilih pada yang benar , menolak pada yang ingkar. Disusun , dinilai bagi menghambat waktu. Masa adalah norma kehidupan manusia. Tiada yang dapat memintasinya. Kau akan terus kehilangan jika tidak menguasainya. Menunggu bulan tuk jatuh keriba. Menanti pada yang tiada. Bukan nilai perlu diserap dalam naluri manusia. Walhal , ajal ketentuan tuhan tidak mengenal masa. Kau teruskanlah amalan , kelak nanti kau akan bahagia. Kecapilah kejayaan ketika ada , polopari segala kejadian muka bumi yang tercipta. Kerna percayalah setiap langkah mu adalah larian mengejar masa.Posted by Picasa


Friday, March 24, 2006 

Tragis


Sebumbung, sewajah , sewarna menghalusi intipati
masyarakat teguh berdiri. Dicubit peha kiri peha kanan kian terasa. Intergrasi dalam jiwa pelbagai etnik nan terhasil. Kesefahaman lahir bagi mewujudkan perpaduan antara manusia. Sungguhpun begitu mengapa masih berbangkit isu-isu yang berteraskan kemanusian sejagat seperti diwar-warkan oleh media massa? Dipertontonkan titisan darah merah yang terus mengalir,menjuruskan penyiksaan dan biru air mata yang umpama embun pagi jatuh hingga tanah menjadi saksi. Kerana cetusan polimik & politik yang sering bercanggahan terus melabuhkan keindahan pelangi dan lantas menimbulkan keadaan hitam gelap di seluruh pelusuk bumi.
Baik yang muda remaja , inikan yang sudah lama menghidu
nikmat alam dunia terus menyaksikan insan tidak berdosa dianiaya tiada batasnya. Lebih tragis , seorang pemuda mendakap darah dagingnya yang berlumuran darah disisi , sebelum menghembuskan nafas terakhirnya di muka bumi. Aaah! Berapa banyak lagi nyawa yang ingin dikorbankan bagi merealisasikan impian segilintir manusia yang teguh angkuh dengan prinsipnya.
Setelah penindasan agama & budaya berlaku di bawah langit
pelindung sang mentari , lantas mewujudkan suasana hening di kalangan etnik. Sampai bila lah kita akan saling memahami? Sampai bila perpaduan akan dikecapi? Hmm.. Hakikatnya ini tersemat dalam diri. Kaulah yang berhak menentukan suaramu. Kau lontarkanlah , kau laungkan peganganmu bagi mencipta suasana harmoni dalam kehidupan yang murni.
Posted by Picasa

Wednesday, March 22, 2006 

Riang

Manisnya hidup bila hati sedang tertawa. Kenangan manis disulami bibit² indah dalam memori meriakkan lagi wajah ku dengan senyuman. Hati yang dahulunya menangis meratapi pelbagai onak dan duri kini meniti saat saat indah yang tersemat di sanubari. Walaupun hanya bersendiri aku terus mengorak langkah setapak demi setapak bagi merealisasikan mimpi. Jauh dielakkan sengsara kerna ia tetap datang menimpa. Namun hati mana mahu terus melara. Aku hidangkan kehidupanku dengan pelbagai selera enak dalam kehidupan. Melahirkan semangat dalam jiwa ku bagi menempuh setiap detik.Tiada kira pangkat atau darjat , aku menarik hati mengapai keriangan. Hati ku berlonjak riang bersama-sama berkongsi kegembiraan bersama teman. Biarlah segala permasalahanku tersemat didalam hati ini , asalkan ku dapat melihat kegembiraan di setiap mata yang memerhati. Biarlah titisan air mata yang mengalir adalah tanda kegembiraan dan kepuasan diriku setelah ku terundur dalam arus kemajuan duniawi.
Posted by Picasa

Monday, March 20, 2006 

Mata

Mata setia memerhati gerak geri cebis cebis makhluk di muka bumi ini. Namun adakah pandangan ini sedang menilai setiap segi dan peri? Maka jelingan ini menimbulkan pelbagai prasangka. Adakah pandangan ini tepat menjadi panji puji-pujian atau sekadar tempat untuk melepaskan nafsu kemarahan yang menguasai diri? Mata hanyalah bantuan buat sang hati melihat suasana. Tapi yang bisa melaksana datang jua dari hati. Biar ia nya tawa atau duka , kadang kala tangan lantas mengusap air yang mengalir dari pipi.Namun air jernih yang direnung menerusi mata , disulami dengan perasaan manja tidak ku sangka dipenuhi perasaan benci! Akibat sering diperhati membuatkan ramai menjadi tidak selesa dengan diri. Aku hanyalah manusia yang ingin menjadi sempurna buat semua. Aku hanyalah aku. Bukan ku minta untuk terus dicerca dan dicaci.Kata-katamu ibarat penunjang murka. Kau menuding jari umpama kau gah di langit dan bumi! Urghh.. Kapan harus ku sampai ke puncak sedangkan ramai yang ingin melihat ku jatuh. Kenapa dibiarkan kepingan yang terungkai dari jiwa terus terburai dek kerana perasaan dengki. Nyata aku ikhlas untuk menjadi seorang manusia mulia di kerdipan mata hitammu..
Posted by Picasa

Sunday, March 19, 2006 

Pilu



Sang Rembulan
Masih setia menemani diriku
Menunggumu
Dan sang mentari tak pernah jemu Menunggu disitu, memerhati
Kumbang tertunduk sayu, bila bunganya Ditiup sang bayu...
Begitu juga aku Tewas tanpa cintamu
Dunia tidak seperti yang ku mahu.
Sang Pelangi seperti tiada warnanya lagi, pudar kini..
Seperti irama, tiada maka punahlah lagu ,
kepadamu..

-cendera jiwa-
Posted by Picasa

Saturday, March 18, 2006 

Pencinta Sejati


mimpi Posted by Picasa

 

Aura

Bingkisan coretan dalam alam khayalanku dulu masih dibuai hingga kini. Saat-saat manis masih menjadi ingatan dalam kotak mindaku. Namun diari hatiku sudah mengikis naluri sedih kerna ku harus mengerti bahawa hidupku perlu terus mengejar mimpi. Persoalan menjadi tanda tanya dalam satu hubungan yang di namakan cinta. Adakah diriku mampu berdiri teguh tanpa belaian seorang puteri di sisi. Menjalani rutin tanpa seorang wanita yang menjadi nadi seorang lelaki. Tiada lagi tawa manja tiada lagi titisan air menyusup jatuh dari pipi.
Arjuna bisa alpa. Bila nafsu mengusai jiwa. Lain yang bisa tercipta. Kemungkaran akan terlaksana. Bukan itu yang ku pinta, setelah berhari zahirku terseksa. Tiada yang bisa menembus jiwaku yang ternyata lemah untuk menerima. Walaupun aku telah rela mencuba. Sedikit demi sedikit hatiku dicuri masa. Aku semakin dewasa. Semakin matang dan tenang melangkah waktu. Bukan mudah untuk diriku menyemat potret cinta dlm hati.
Hanya firasat dan naluriku bisa menyedari bila ia akan kembali. Akanku hidu, ku tenung dan menanti saat indah satu episod yang baru dalam hidupku. Bila? biar masa yang menentukan segalanya. Kelak aura seorang bidadari akan muncul menyinari hidupku , menerangi setiap ruang dalam hatiku.

 

Roda

Awan membiru di langit yang tinggi , sinar mentari muncul di sebalik bagi menyuluh umat di bumi. Sekecil kecil manusia di lihat di ruang angkasa kecil lagi dilihat nasib yang di harungi oleh mereka. Pelbagai asam garam manusia diperhatikan , diselami , dinilai dan dinikmati bagi dikongsi oleh kalian yang lain. Bagi yang memijak bumi mereka hanya meminta yang terbaik. Karenah mereka diucapkan dengan pelbagai cara. Bagi untuk semua menerima. Walau seburuk² sekuntum bunga mereka masih mempunyai hati untuk memilih yang sempurna. Permintaanku untuk mengapai bintang , memiliki apa yang tersurat di hati bukan semua terlaksana. Bukan semua pucuk mendatang. Aku lelah berusaha untuk meneruskan prosa kehidupanku. Kadang-kala aku memikir , kenapa yang yang dipinta tidak tercipta malah bala yang menimpa. Sering kali ia menyusur nasibku. Sekali-sekala membuat butir² air jatuh melinang dari mataku. Mungkin sifat buruk ku di nian hari dihitung dan mengenai diriku kembali.
Aku menganggap dunia ini ibarat roda , berputar menilai setiap peri mazhab di bumi. Aku tak pernah salahkan sesiapa , aku menggantung diriku dalam situasi agar aku berpuas hati yang selama ini , diriku harus di perbaiki. Semakin hari semakin banyak dugaan yang ku tempuhi. Namun aku rela , jika kesudahan coretannya adalah yang murni. Aku berdoa.

 

Liku

hatiku menangis ,
meniti liku² pahit dunia ,
membanding pada yang ada ,
melihat seliarnya,
haruskah nasibku di hitung begini ,
tidak indah seperti bicara ,
namun ini adalah ketentuanNya ,
mungkin ada hikmah sebalik nya ,
kerna aku manusia biasa ,
yang masih merangkak ,
untuk menjadi insan yang sempurna.

-PujanggaCinta-

 

Curiga



Penantian satu penyiksaan? tawa dikala senang dan duka tatkala kecewa. Saat saat sebuah mimpi bermain di minda lalu disaluti perasaan hiba.Tidak ku sangka air yang tenang , manja meniti aur dari tebing , menjadi keruh bila dikocak dengan gasak. Aku curiga w'pun tahu dia sudah berpunya. Masih bermain di akal minda ku , kapan harus diriku di biarkan sebigini. Meniti nasibku yang penuh dengan igauan dan onak duri. Aku cuba untuk melaksana , untuk relakan hatiku menerima cinta , percaya pada yang ada . Tetapi kadang kala bukan semua yang ku pinta menjadi nurani. Bukan semua yang ku usaha di pangkal nya , menjalin kejayaan pada hujungnya. Niatku sebagai seorang arjuna hanya ingin menyampaikan hasrat yang bermain di hati. Biarlah apa yang hendak di kata , bagai perigi mencari timba . Namun kapan hati sudah melukiskan raut wajah gadis idaman , harus kah aku padam hanya kerna hati ku dihalangi pelbagai misteri. Relakah aku berputus asa setelah segala yang terjadi membuat perubahan pada hidupku ini. Atau meneruskan perjuangan aku untuk meliki cinta sejati. Ahh.. Segala kenangan masih terpahat di hati walaupun aku sedar aku tidak memiliki. Biarlah hati dua insan ini saling berpaut walau mata yang terang tidak dapat memerhati , sesungguhnya di antaranya terjalin sebuah rahsia cinta yang suci.

 

Nasib

Aku bernafas menghidu alam ini , buat untuk sekian kali. Aku tak pernah puas melihat propaganda dan panorama hidup kaum Adam dan Hawa di muka bumi. Aku masih muda , masih mempunyai nyawa untuk melihat ciptaan Maha Esa. Masih banyak yang belum ku tempuh sebagai seorang manusia. Namun kadang-kala ku anggap dugaan nya seperti bencana kerna payah buat ku menerima seadanya walaupun hanya ujian kecil yang diberiNya. Mula nya hati ini seperti ditusuk todak dari Singapura namun tersirat setiap ujian pasti ada jalan nya. Yakni jalan yang utuh dan benar. Bukan jalan pintas yang lelah mendatangkan murka. Bila difikir dengan minda sempurna , masalah ku hanya secebis debu berbanding manusia yang insan yang hidupnya penuh pancaroba. Yang ada cacat celanya.Berkali titisan air mengalir jernih jatuh dari mataku mengenang nasib seperti mereka. Menempuh nasib yang tiada jawapannya. Mereka tak meminta nasib mereka di bela bersimpang jauh untuk dicela , mereka tak meminta sebegitu rupa , mereka seperti kita , memasang impian untuk berjaya walaupun diri tidak sempurna. Sama-sama kita menerima yang sedang berduka supaya di nian hari dapat kita senyum bersama.

 

Paksa

Hati dan naluri berbisik memberi isyarat pada sang mulut untuk meluahkan bibit-bibit bicara , melakukan pelbagai perkara yang mewarnai indah dunia. Akal berfikir dengan bijaksana supaya setiap langkah terus terjaga. Namun segalanya bukan dipaksa tapi ia datang dengan rela. Ku kupas sebuah kisah yang menjadi nadi cinta. Nilai persahabatan jauh pada dasar mulanya dan akhirnya lahir nafas cinta dalam lubuk isinya. Lewati masa demi masa tiada sapa yang mengetahuinya , hanya ada tanda tanya ,ada yang menhidunya , ada yang menyentuhnya dan ada yang menghalangnya. Di gelar teman satu ketika kelak kekasih di beri nama. Ia menjadi rahsia dari perbualan biasa. Namun lantunan dari hati tiada siapa dapat menghalangnya. Tak salah untuk bercinta , walau ada batu menjadi sempadannya. Tak salah untuk menolak cinta walaupun air setenang di muara. Biarlah perasaan cinta bergolak dengan seindahnya. Kerana cinta bukan untuk dipaksa untuk dikongsi bersama.

 

kertas

secebis kertas,
seribu bahasa,
ungkapan kata,
menjadi rahsia,
lihatlah dunia,
buka lah mata,
yakni kau akan berkata,
siapa kah yang kan bertakhta,
di jiwa yang merasa,
sebuah episod cinta,
indah umpama mimpi menjadi nyata.

-pujangga cinta-

 

Cemburu

Berakhirnya cinta dari konflik , karna perasaan cemburu menyelebungi dan lena kerna leka dengan perasaan iri hati tanpa berbisik pada kebenaran yang realiti. Namun kita manusia hina yang memenuhi ruang bumi , juga terima aral yang datang umpama petir memanah bumi. Perasaan cemburu lahir dari hati , namun ia menjadi nadi , buahan kata-kata setiap pasangan di bumi, menjadi persoalan ulung yang tersirat di hati.

Kerna cemburu cinta bergolak. Kau usah biarkan dirimu hanyut dengan perasaan iri. Kau menguasai diri , kau berhak memiliki. Perasaan cemburu adalah tanda keikhlasan hati. Tanda kasih sayang yang mencoret sebuah cinta yang sejati. Namun dengan cemburu bukan pangkal sebuah melodi cinta abadi. Kau harus coret dengan kejujuran dan sifat timbang rasa. Biarkan si dia menghitung nasib bersama jutaan teman kerna kau akan mengerti yang sesungguhnya jika cinta itu suci , lantas si dia akan menyedari bahawa dirimu adalah pilihan hati.

 

Kerdil

Bunga-bunga bertaburan menghiasi bumi yang menghijau , burung berkicauan menembusi keheningan kota , lantas manusia pesat mengejar mimpi. disebalik itu hadir seorang pemuda yang masih mencari-cari erti kehidupan. Kehidupan di kota yang penuh pancaroba , penuh dengan perlakuan , penuh dengan penipuan , tindak tanduk diperhati dihalusi demi mengejar mimpi. Kau akan mudah dihanyut arus permainan kota jika dirikau tidak dijaga. Alhamdulilah , kala ini aku masih menyedari , masih mempunyai jati. Walau badai yang melanda , aku hadapi nya biar diriku parah dalam pasrah. Cukup lah lautan sudah bergelora dalam hidup ku, ombak yang tepat kearahku, aku enggan yang lain menerima tempias nya. Aku rela melihat yang lain suka tatkala hati ku duka.
Kerinduan pada kehidupan lampau tetap terlahir , namun aku yakin yakni yang menantiku kelak akan lebih berkelipan dari apa yang ku saksi. Aku perlu sabar dan tabah demi mengejar realiti. Waktu ini aku semakin tenang dalam hidup , semakin bijak mengatur setiap langkahku. Namun bukan ketentuan ku tepat samada awal dan akhir, aku perlu mengaturnya.. kerna aku berpijak pada bumi Allah , semua adalah takdir Nya. Aku hanya mampu berdoa , supaya pilihanku di terimaNya. Kerna aku hanyalah manusia kerdil yang tak bisa memahami.

 

Indah

Raut wajah berseri menyinarkan keindahan seorang bidadari dan kemuliaan hati menyerlahkan peribadi murni. Ramai putera yang menjadi buta setelah terpesona dengan keayuan seorang puteri. Aku antaranya.. usah ditegar apa yang benar , usah diusik apa yang salah. Yakni mengerti lah , payung yang tinggi tiada dapat menahan titisan hujan jatuh ke bumi. Di mana sekalipun kau mengelak , keindahan wajah seorang wanita bakal kau jajahi. Bukan kerana kecantikannya , tapi bagi menilai hati budinya. Hari semakin hari aku semakin mengasihi , aku semakin mengerti , wanita mempunyai keunikan tersendiri. Usah kau biarkan dirimu bermain dengan perasaan , sekadar mengundang gadis dengan mecoretkan parut ke mukanya. Kau akan menyedari kelak tatkala mata sudah bertentang mata , hati mula berkata , dan kau yang mengiyakan segalanya. Biarlah ia ibarat pasir yang dilalui ombak laut , kembali tenang walau ia sering dilanda. Tiada kira ikal mayang rambut nya , tiada kira wanita bertudung rapi ikatnya , namun disebalik topeng muka ini lahirlah satu insan yang mempunyai pelbagai budi pekerti bentuknya. Baik buruk ketentuan jiwa , tugas mu wahai anak Adam adalah tuk menguasainya. Iman asas pada rupa , namun bicara hati sesama manusia adalah segalanya. Usah kau menyindir pada yang tercicir indahnya , namun satu hari kelak kau tahu , yang murni itu bahasa , yang indah itu , dari hati lahirnya...

 

Wanita

Hari ini aku bisa mencoretkan lagi pelbagai kisah yang mewarnai kehidupan seorang lelaki. Pujangga yang lelah menempuh nikmat dunia. Cuba tuk menempuh sebuah kehidupan yang indah namun ia menyusur ke kedukaan.Dunia , Lena kita dibuai mimpi walhal yang lain sedang mengerjakan perlakuan tatkala matahari muncul dari timur. Kita alpa , yang kita adalah manusia. Material biasa yang sering di nilai dan menilai. Aku sering menyuarakan apa yang bermain di hati , yang menyusul dalam kotak minda ku , yang menjadi nadi persoalan dalam diriku. Aku bingkas tertanya , kenapa wanita sering mewarnai hidup lelaki ? Bagiku, sebuah potret tidak semestinya menggunakan warna warna indah untuk mendapatkan hasilnya. Namun dengan warna warna itulah dunia lelaki dilukis dan ditelus. Putih tidak semestinya melambangkan keriangan , kemanjaan , kebahagian dan hitam tak semestinya menonjolkan kedukaan , kesiksaan , ketakutan. Perempuan ibarat sehelai kain halus yang lembut yang perlu di belai dan di halusi. Bunga yang layu bukan bermakna tidak dipetik , tapi harus dijaga oleh dahan yang ukuh supaya bunga yang sayu tidak jatuh ke muka bumi. Tangisan wanita merupakan racun tajam buat lelaki yang bisa menusuk hingga ke lubuk hati. Namun bisakah hati seorang lelaki mengalah? Ah. Kau tahu yakni wanita , kau bisa mempermainkan hati dan perasaanku namun kita tetap sama! dua insan yang sama memerlukan. Jelas. Usah ditanya mengapa. Bila kau di sakiti kau akan memerhati. Aku pandang mu ibarat ku pandang sebuah puncak yang tinggi , jauh dari pandang irisku kerana bagiku untuk meloloskan diriku ke dlm hati wanita seikhlas nya aku perlu daki walau pelbagai dugaan dtg meracuni. Pujian bukan utk membanggakan kau kaum hawa. Kerna ku tahu , wanita adalah isi kuku makhluk di bumi. Wanita bukan bermakna untuk dicintai saja namun untuk ia adalah mutiara yang perlu dihargai. Aku bisa membangkang coretan ini namun biarlah kau sendiri menilai hati seorang manusia yang bernama wanita...

 

Singgah 2005

Aku mulakan 2005 seperti manusia normal yang lain yang mempunyai impian dan cita cita terhadap tahun baru. Pelbagai kenangan manis pahit duka dan tawa dalam firasatku. Ini secubit kisahnya.Awal tahunku aku berada di Perlis , dan masih menuntut di sana. Jika inginku ceritakan kenangan pahit manisku di sana.. sudah tidak dapat ku ungkapkan dengan bicara.. bagaikan satu rumpun yang utuh lagi berseri dengan bunga-bunga yang harum mewangi.. bukan didampingi bidadari2 indah tetapi nikmat berkawan dan tinggal dalam satu tempat yang harmoni. Aku puas merasainya.. Setibanya aku semula ke pangkuan ibu bapaku.. aku tidak lagi tinggal dkt dengan kota.. jauh tercirir di Putrajaya..jauh tempatnya.. tapi apakan daya.aku akur. Aku telah ditempatkan di Universiti Putra Malaysia , tempat baru untuk aku selebungi hidupku dengan buku2 di sisi. Penat. Namun aku xkan menghampakan impian kedua ibu bapaku.
Tapi jika hendak disimpulkan 2005..aku x merasakan tahun ini tahun yang mudah dan gembira untukku.. Entah laa..semua yang tidak ku ingini terjadi pada tahun ini.. Aku kehilangan 2 ibunda yang telah mengajar aku menatap kitab suci Al-Quran sejak kecil , seorang pahlawan yakni datuk ku sendiri.. Hj Abg Rahman.Semuanya telah pulang ke rahmatullah.Semoga roh mereka dicucuri rahmat.InsyaAllah. Dan paling banyak mengikis jiwaku sepanjang 2005 ialah kehilangan seorang teman yang telah hampir 4 tahun bersamaku menempuhi pelbagai ranjau onak duri. Dia banyak mengajar aku erti kehidupan. Namun sedikit langkahku tersilap, punah la segalanya. Tahun ini banyak mengajarku erti keperitan hidup yang selama ini aku jarang tempuhinya. Aku lebih banyak berfikir. Aku lebih tenang bila menempuh situasi. Lebih berani untuk berdiri. Aku lebih yakin. Titisan air mataku dahulu akan menjadi saksi kepada keutuhan jatidiriku pd tahun akan datang. Aku berdoa. Kerna aku hamba biasa. Aku bisa membuat silap dan mudah alpa. Biarlah ia menutup labuhnya setelah aku singgah sebentar di tahun 2005.

 

Jiwa

Diriku masih diselebungi perasaan cinta yang mendalam. Hari demi hari aku lalui , aku mengerti bagai sudah kehilangan sebuah cinta sejati. Dia menyuluh hidupku dalam kegelapan. Dia bersamaku sewaktuku dalam kesusahan. Aku hilang arah satu ketika. Hilang tujuan sebenar hidupku.Aku semakin dewasa menempuhi liku-liku kehidupanku yang penuh dengan dugaan. Aku bangun dari terlena setelah aku dilimpahkan dengan masalah yang bagiku tiada penyelesaian selain pertemuan kembali dua insan. Aku pasrah bila diriku mendapat tahu dia telah mempunyai hidup baru. Menusuk kalbu , namun aku tidak menyangka. Titis-titis tangisan mencurahi pipi , biarpun diriku sepatutnya kuat untuk menempuh segala bencana. Ah.. aku tak peduli. Aku hanya manusia biasa yang punyai hati dan perasaan. Luka besar mana pun akan terguris dlm jiwa ini bila cinta dah menakluki diri. Hanya tuhan yang Maha Mengetahui. Aku hanya megimpikan kebahagiannya, namun kecil dari hati aku , ah! aku mahu mencuri kebahagian itu supaya ia adalah kebahagiaan yang dapatku kongsi bersamaku. Siapa lah aku untuk dicintai. Seorang manusia yang terus dengan omong-omong kosong untuk memiliki seorang gadis yang sempurna sepertinya. Namun...Angan-angan akan ku simpan penuh untuk menjadi impian aku sehingga ke akhir hayat. Ku berserah.

 

Teman

Ya tuhan , aku bersyukur kerana dengan ujian mu aku banyak belajar , aku lebih matang dlm meniti liku2 kehidupan. aku tau sapa kawan sapa lawan. Aku lebih bersabar. Mereka terus mengambil ku menatahku ketika aku dalam kesepian , ketika aku dilamun ombak yang deras , setelah aku melepaskan mereka ke dalam lautan waktu aku dalam kegemilangan. Aku bodoh , aku menyesal , sekarang aku tahu , aku tahu untuk mengimbangi , harapan masih ada tuk bersama dia yang pernah menjadi tulang belakang ku waktu ku berbahagia dulu , namun ini semua ketentuan Illahi , aku hanya berserah padaMu. Yang penting bagiku hidup ku mesti terus , aku ingin kecapi apa yang ku ingin miliki selama ini walaupun satu cebis dari soroton warkah impian ku telah terbang ditiup angin..

 

Gelisah

Benar cinta itu buta.. cinta boleh membunuh.. kekuatan diri saja yang boleh melawan. Yakni ia tiada dalam diri aku. Aku mudah hanyut. Mudah hanyut dalam kegelisahan percintaan. Hatiku menangis melihat kegembiraan pada pasangan pasangan lain.. melihat mereka suka antara mereka.. melihat tawa mereka... melihat pujuk mereka.. melihat kemesraan mereka. Aku berbisik dlm hati ini.. Aku pernah berada di sebalik tembok itu... aku pernah merasai kelazatan alam percintaan. Namun aku bodoh untuk berfikir , aku cepat bertindak tanpa waras.. aku menyuntik jarum dalam badan sendiri , dan hancur memakan diri ku sendiri. Biarlah ape orang kata.. hanya hati ini yang mampu menilai sejauh mana cintaku dalam diri seseorang.

 

Lemah

Sudah lama rasanya diriku tak menulis rentetan hidup ku setelah aku bersendiri.. aku lalui halangan dan cabaran yang sememang aku lemah untuk menempuhinya. Aku sering jatuh , aku sering menangis , aku sendiri menyediri. Tampak aku seperti hilang segalanya.. Usah menangis .. kau harus tempuh hidup ini.. bagaimana untuk terus hidup sedangkan yang ku perlu sudah ada haluan sendiri. Namun hari demi hari aku tempuhi.. aku anggap diriku kurang bernasib baik.. mungkin ini adalah nasib diriku sendiri setelah aku bermain dengan permainan aku sendiri... hidup ni umpama kitaran , umpama ombak yang bergolak..aku berseru.. supaya aku diberi kekuatan yang hakiki untuk tempuh alam ini. aku pohon ke maafan jika aku sendiri yang silap lakunya. Namun satu hari , aku berharap aku akan terima satu cinta yang tulus dan suci....

 

Masih

Masih ku tak berdaya
Melupakan mu
Di hatiku berkata
Apakah sebenarnya cinta
Di hati ini
Hanya mainan semata
Namun kau tak mengerti
Apakah sebenarnya yang telah terjadi
Di diri iniKau yang masih di hati
Tidak terdayaUntuk mengundur diriDarimu
Setelah engkau pergi
Tiada apa yang ada di diri ini
Kuharapkan kau kan berubah hati
Semoga kau kan kembali
Di diri ini

 

Mimpi Sedih

Di malam sepi aku bermimpi
mimpi yang sedih sekali
Kau akan pergi tinggalkan diriku
aku menangis terseduuu
Diriku tak pernah lepas dari penderitaan
mimpi yang kini terjadi
Kau pergi setelah aku serahkan kasih suci
Itulah nasib diriku
Angin meniup membelai rambutku
Yang terurai tak berseri lagi

 

Kosong

3 tahun 7 bulan.. bukan satu tempoh masa yang singkat..untuk aku memang mudah untuk bercinta , tapi ia akan jadi lebih perit bila tiba masa untuk melupakan.. lebih luka lagi bila diriku telah ditinggalkan.. diriku menjadi kosong.. membuatkan aku berfikir di mana silap ku. titisan air mata sudah tiada maknanya, ia umpama air yang melimpah keluar tiada penghujungnya.. untuk menceritakan pengalamanku dengannya.. semua isi dlm perhubungan seorang pasangan bercinta telah aku lalui. tawa , duka .. urgh.. ia akan terus membuatkan aku teringatkan kepadanya.. kini sudah sebulan aku berpisah dengan nya , bagai tiada bezanya dengan hari pertama kami di pisahkan. Banyak lautan yang bergelora , kali ni aku rasa kewujudan yang amat dasyhat. aku tak mampu nak mengharunginya. Bagai ada saja yang menghalang. Pelbagai benda aku lakukan untuk melupakan, namun hanya perlu masa yang singkat untuk mengingatinya kembali. Ungkapan lagu² , alunan muzik membuatkan diriku menintiskan air mata... mungkin ada yang berkata , arh , takkan untuk seorang wanita.. tapi untuk ku kepada dia , aku tak menyesal mencurahkan segala. Namun, aku hilang satu permata yang amat bermakna untuk hidupku... Semuanya bermula apabila aku mula rasa gelisah kerana menglihat pada kebebasan nya dalam berkawan.. Dulu , aku hanya memberi sepenuh masa untuknya , tapi bila aku di sisihkan , aku rasa kurang sedap hati. Aku mengambil langkah dengan mencari lain kenalan. Dan bermulalah pergolakan dalam perhubungan kami.. aku memang tak sangka ia akan jadi begini.. Kalau Allah nak pusing sikit kejadianNya.. maka terima lah akibat.. Pada mulanya aku sendiri menentang setiap bibit kata yang keluar dari mulutnya.. Ego lelaki.. aku tau aku hebat.. aku tahu bukan silap aku... tapi setelah ku renungkan.. banyak yang bermain dalam fikiran ku.. aku terfikirkan kesalahan ku.. urgh.. memang banyak... bukan sahaja perpisahan , lebih elok kalau aku di bunuh. Aku akui diriku dulu banyak bermain dengan perasaan bukan dengan akal.. Sudah sebulan lebih ku berpisah.. dalam sebulan itulah aku banyak berfikir.. kami pun sering bertengkar.. masing² mahukan yang dialah yang betul.. kini ku tahu sayang.. kebenaran terletak di hatimu. Aku tahu kalau hanya memohon maaf tiada lagi maknanya buatmu.. Aku semakin sedar dlm lamunan mimpiku.. Aku tidak akan memaksa... Kau lebih berhak untuk memilih arah tujuan mu , biarlah aku bersendiri kerana dengan bersendirian lelah aku kan selalu berfikir. Aku harapkan kau tidak akan menjauhkan diri kerna jauh dalam hatiku berbisik aku amat merinduimu... bersambung....

About me

  • I'm amel
  • From Putrajaya, Malaysia
  • Ini hanyalah nukilan yang bermain di hati yang dicoretkan menjadi butir butir perkataan. Biar ia dihayati untuk pedoman di nian hari. Terdapat lebih dari 30 artikel untuk tatapan, hanya klik pada setiap bulan untuk setiap artikel
My profile
Powered by Blogger
and Blogger Templates