Hadir
Dia datang bagaikan hujan tatkala kemarau. Sekilas kerdipan mata. Tidak terduga akal bagaimana ia boleh tercipta. Namun kita berhak menilitinya. Inilah di namakan cinta. Pergolakan yang sering membawa ketenangan air biru di mata mahupun marak api bernyala. Bukan mudah untuk memahaminya , mendalaminya dan menyulami perasaan serta nikmat sebuah cinta. Cinta akan mencoretkan sebuah kisah indah dan isi nya dialirkan dengan perasaan suka dan duka. Pernah dengar , tiada kata secantik bahasa? buatku , tiada bahasa yang bisa menterjemahkan cinta. Itulah prosa yang diberikan untuk mencari akar dalam ilmu percintaan.
Berlagu musik mendendangkan alunan , bertaburan manik-manik menjelaskan kemanisan cinta. Dulu diriku pernah sepi menceritakan kisah sebegini , kerna yang lahir pada diriku adalah bencana akibat bahang cinta. Sikit demi sikit ia mengores hati insan lelaki seperti ku yang selama ini ku ingatkan bahawa tiada balutnya , tiada ubatnya. Lantas , hadir seseorang yang berjaya memetik dahan yang suatu ketika tidak upaya lagi untuk menumbuhkan bunganya. Biarlah lahirnya insan ini menjadi rahsia dalam hati kerna aku tidak bisa lagi disakiti. Masih terlalu awal untuk mendongak keatas sedangkan bila kau menoleh ke bawah duri-duri masih bisa menikam.Perit!
Sejak dia hadir , hatiku semakin gundah gulana. memikirkan segalanya. Hampir dari akar umbinya. Bagaimana dengan keputusan ku kali ini. Aku berasa yakin. Tapi bukan semuanya indah seperti yang tertera. Ku sangkakan panas berpanjangan , rupanya hujan yang mendatang. Akal atau tubuh aku tidak mengambil kira , rupa-rupanya hatinya mungkin sudah berpunya. Namun terpaksa. Banyak badai untuk ku lalui kerna apa yang ku singkap hanyalah sebuah pendahuluan untuk cerita yang ku masih tidak tahu apa kesudahannya...


