Tanpanya
Baru sahaja hati ini disulami dengan hari hari yang sangat membahagiakan, senyuman yang melakarkan keriangan bersama dengan cinta idaman. Kepuasan yang dinanti naluriku selama setahun utk kecapinya, untuk kembali bersamanya. Kekuatan,kesabaran keukuhan sebuah pertalian. Kerna tanpanya usah dikenang sebuah kisah cinta sejati. Namun ia pantas dirobek dengan sebuah lagi ujian. Memang kisahnya panjang utk dicoretkan, petah untuk dituturkan, namun segala titisan keringat untuk mendapatkannya kembali tidak pernah ku rasa walaupun sehingga ke saat ini. Ku bersyukur pada yang Maha Esa kerna doaku untuk bersamanya termakbul.
Dalam sebuah jalan yang indah pasti lalui liku liku perit untuk mengenali erti hidup. Dan jalan-jalan inilah yang akan menentukan sebuah klimaks satu cinta sejati. Memang sukar untuk gapai kebahagaian. Apatah lagi untuk mencapai kejayaan. Aku mengenali dunia ketika tiada bersamanya, ketika melalui zaman duka. Aku kenal erti hidup , erti susah tanpanya. Peluang yang aku dapat kini tidak akan aku siakan kerna bersamanya melengkapkan hidup seorang insan seperti mel yang sentiasa bertatahkan senyuman dan keriangan dalam kehidupan. Bersamanya kini seperti diterangi kembali oleh cahaya mentari setelah diselebungi dengan kesunyian malam. Dia memberikan air setelah aku menagihnya setiap hari, mencarinya setiap sisi bagi meneruskan isi hidup. Kehadirannya adalah pangkal segala dan belaiannya membuatku kembali bernafas dan ceria menghadapi makhluk bumi. Alhamdulilah. Percayalah sayang , akan ku abadikan peluangmu ini sebagai janji untuk bersamamu selamanya.
Namun sama seperti yang warwarkan di pangkal cerita , kebahagian ini diuji sekali lagi dengan pemergiannya bagi menimba ilmu di negeri orang. Hatiku bagi diguris sekali lagi , namun kali ini mel lebih bersyukur kerna mel tahu yakni dia masih bersama mel. Ku berserah pada takdir tuhan kerna jujurnya aku telah melakukan apa yang termampu dan keikhlasan ku mengasihi insan sepertinya adalah datangnya dari hati. Namun hakikatnya, walaupun pemergiannya hanyalah sementara, hidup ni ternyata sunyi dan ditenggalami dengan kesuraman. Ternyata dia adalah lampu yang menerangi setiap pelusuk dalam sanubariku. Tanpanya aku bernadi, tanpanya aku tetap berdiri untuk meneruskan perjuangan untuk mengekal hubungan kisah abadi.

sebuah nukilan yg membuat hatiku ini sebak disebabkan oleh penghayatan luahan perasaan kamu ini!
Posted by
Anonymous |
8:55 PM