Gelora
Menelan dilema bila kita menyalahkan diri sendiri setelah melakukan kesilapan yang tiada duga akan menyinggah. Walhal kesilapan yang melanda bukan berasal dari nafas diri yakni dari seseorang yang kita ingin kasihi. Bukan mudah untuk menerima segala yang telah tersemadi tetapi ini hakikat yang perlu kita ceburi.
Manusia mana yang tidak pernah melakukan kesilapan , manusia mana yang tidak pernah jatuh ketika hati dan naluri berada di puncak sebuah dramatis? Ini semua adalah pendidikan yang mencurahkan pengalaman. Berpegang kepadanya.Segala yang terjadi bukanlah kemahuan diri , tapi semua tercatit buat kita memerhati.
Perasaan yang bersemi bersama gelora hati sering dilamun bila kita sedang enak mengalaminya, namun bila kita sudah bergelut dengan sesuatu yang tidak diingini kita sendiri akan menyangka bahawa kita telah melakukan satu perilaku yang sukar untuk kita fahami. Lantas kita menyalahkan diri sendri. Menunjuk tepat pada sanubari seolah telah menyimpang dari arah yang awalnya kita yakin semua ini adalah realiti.
Berdiam lah , bersabar lah kerna semua ini telah tercatit , biarlah yang betul-betul terdedah dengan durjana berhak menerima hukuman yang setimpalnya. Aku sekadar pemerhati segala perlakuan di bumi , menerima dari segala segi. Kita adalah manusia hakiki. Setinggi mana gunung didaki , laluan di bawah masih belum dijejaki. Teruslah hidup berdasarkan tuntutan , berserah pada yang Esa , berpijak pada bumi nyata. Tiada apa yang mustahil kerna dunia tiada penghujungnya dan pemergian adalah kesudahannya.

