Pilihan
Hati ini umpama ingin memiliki segalanya. Segala yang diluahkan oleh isi bumi. Bagiku, memilih bukanlah suatu yang ku punya kuasa , kerna kadang kala aku tak bisa untuk membuat yang terbaik untuk diriku. Kehadiran yang tidak di pinta menerangi kegelapan suasana. Butir-butir pasir yang kasar tidak bermakna tiada nikmatnya. Setiap yang muncul dalam suasana ada kelebihan yang tercipta. Ingin ku mengupas bagaimana seorang insan membuat pilihan dalam subjektif kehidupan yang proakftif dalam pemikiran minda zaman kini. Kehidupan yang penuh pancaroba menjeremus merudum ke arah durjana. Cuma insan yang bisa menangkisnya , menegakkan benang sebelum terkena aliran air yang basah. Ya atau tidak! itu menjadi kata hikmat bagi meneruskan laluan seterusnya.
Ku punya persoalan buat yang bisa membaca. Jika kau di beri pilihan. Jika satu hari yang hiba, kamu bakal menerima cahaya mata , kau harus pilih samada mahu selamatkan isterimu dan anak dikembalikan oleh Maha Esa atau sebaliknya. Keadaan memaksa. Ikhlas dalam menjawabnya. Sama juga jika dalam kebakaran yang melanda , adakah kamu ingin menyelamatkan ayahmu atau ibumu. Kesakitan dalam membuat pilihan memang tidak digemari oleh semua yang bernyawa kerana itu lah keperitan yang bakal dicipta di nian hari. Namun bukan segala pilihan akan membawa kepada kemudaratan. Ia bergantung. Kadang kala ia bawa perutusan kegembiraan. Kau harus memilih yang terbaik. Minta pada ketenangan semoga hati kian terbuka untuk memilih yang terulung. Kerna dalam kehidupan ini bagiku adalah umpama pilihan , dari setiap segi pancar kehidupan. Setiap langkah seterusnya adalah bermula pada pilihan kini dalam menjamin keutuhan percaturan hidup individu pada akan datang. Pilihla.. semoga yang dipilih adalah yang terbaik buatmu

