« Home | Naluri » | Kitaran » | Kecil » | Masa » | Tragis » | Riang » | Mata » | Pilu » | Pencinta Sejati » | Aura » 

Thursday, May 11, 2006 

Kamar

Image and video hosting by TinyPic

Sang mentari hanya menyinari sebahagian sang bumi , kerna sang bulan jua punyai tanggungjawab untuk dilaksana. Demikian terhening dalam kehidupan manusia yang mempunyai pasang surutnya. Dibebani tugas yang penuh ranjau nya. Tiada yang terang sepanjang hari kerna lewat malam kan menyusul lagi. Tiada yang indah sepanjang nafasmu kerna sang hitam bisa menyekatnya. Aku menulis coretan ini ketika aku berada dalam bangunan yang memberi banyak persepsi dalam fikiran manusia. Lazimnya tempat ini mahu dijauhi oleh sebilangan besar umat , kerna kamar hospital bukan sebuah teratak yang sentiasa membawa kenangan manis kepada pengunjungnya. Bukan diminta untuk bertapa di sini , meniti jarum menusuk ikatan kulit menembusi isi , melihat perut dibelah intinya, menyusur merah darah mengalir keluar dari tubuh. Fizikal abnormal bukan permintaan manusia biasa , namun ini ketentuan yang Maha Esa.
Nyawa bagai kan di hujung tanduk , bagai menanti masa yang semakin sampai di penghujung nya , tiada kata tuk disimpul bicara , tiada lafaz yang bisa tercipta cuma air mata menghiasi suasana. Bergantung pada yang pakar untuk menyelamatkan ketika , setiap detik bagai penuh bermakna. Malang bukan dipinta dalam kejadian yang tidak diduga. Ah , nasib sudah ditulis tentangnya. Akal akhir perlu diguna untuk menilai asal usul nya. Mencari mana silapnya. Bukan menuding jari pada sesiapa. Biarlah sut rasmi hospital bukan pakaian tradisi kita. Mengekang sebelum diterpa , menilai sebelum merasa. Sesungguhnya manusia yang mengupas isi cerita mereka , dan tuhan yang meluluskan segala yang dipinta.

Mel, mel admitted into hospital ke? What's wrong?

Post a Comment

About me

  • I'm amel
  • From Putrajaya, Malaysia
  • Ini hanyalah nukilan yang bermain di hati yang dicoretkan menjadi butir butir perkataan. Biar ia dihayati untuk pedoman di nian hari. Terdapat lebih dari 30 artikel untuk tatapan, hanya klik pada setiap bulan untuk setiap artikel
My profile
Powered by Blogger
and Blogger Templates