« Home | Kecil » | Masa » | Tragis » | Riang » | Mata » | Pilu » | Pencinta Sejati » | Aura » | Roda » | Liku » 

Friday, April 07, 2006 

Kitaran


Hari ni aku ingin mengupas lagi rentetan hidup seorang arjuna yang ingin menempuh liku-liku dinamik dalam menghadapi ranjau kehidupan. Titisan peluh jatuh ke tanah membasahi lapisan bumi untuk mencetuskan pengalaman dalam jatidiri. Memang senang untuk melafazkan tapi tidak semudah untuk melaksanakan. Terbit dalam hati ingin melangkah setiap saat dalam kehidupan dengan tenang , lantas jua ditenung jalan lurus yang menyusuri setiap tapak langkahmu. Tidak disedari di sebalik jalan yang disangkakan penuh dengan kenangan indah nikmat dunia namun hakikatnya ranjau yang bertakhta. Menyimpangkan akal dan fikiran setiap yang cuba melepasinya. Disangkakan panas berpanjangan rupanya kilat yang bisa memanah. Menghukum pada yang mengingkari. Namun jelas arjuna ingin cuba meluruskan benang yang basah , namun tiada daya bila yang tidak dipinta yakni datang secara tiba-tiba.


Kau kuasai dirimu , bertindak mengikut tentu bukan bersandarkan hawa nafsu. Jangan angkuh dengan sifat liarmu. Kerna sesunggunya setiap makhluk bernyawa di bumi ini sedang diperhati. Di nilai dan diberi balasan yang setimpal. Hidupmu bak roda , tiada penghujungnya. Tiada ruang untuk mu untuk meloloskan diri dari pandangan yang memerhati. Diekori setiap peri. Budi baik pasti balas baik , yang jahat tetap terus terpahat dalam hati. Sedarlah, sesungguhnya Maha Esa menjadi kan dunia ini umpama kitaran , berputar tanpa kenal erti berhenti. Ironinya , mungkin balasan dari sifat mungkar mu tidak sampai tepat ke arahmu , entah mungkin tiba di sisi insan yang tersayang? Hmm.. Kerna yang utuh , kau tak kan bisa lari dari menjadi hamba yang dicatit perilakunya untuk perhitungan di nian hari... Renungkanlah..
Posted by Picasa

haih pujangga jiwang ini. rindu banget same kamu. uwek. hehe. gue mahu soundtrack!

Post a Comment

About me

  • I'm amel
  • From Putrajaya, Malaysia
  • Ini hanyalah nukilan yang bermain di hati yang dicoretkan menjadi butir butir perkataan. Biar ia dihayati untuk pedoman di nian hari. Terdapat lebih dari 30 artikel untuk tatapan, hanya klik pada setiap bulan untuk setiap artikel
My profile
Powered by Blogger
and Blogger Templates