Tragis
masyarakat teguh berdiri. Dicubit peha kiri peha kanan kian terasa. Intergrasi dalam jiwa pelbagai etnik nan terhasil. Kesefahaman lahir bagi mewujudkan perpaduan antara manusia. Sungguhpun begitu mengapa masih berbangkit isu-isu yang berteraskan kemanusian sejagat seperti diwar-warkan oleh media massa? Dipertontonkan titisan darah merah yang terus mengalir,menjuruskan penyiksaan dan biru air mata yang umpama embun pagi jatuh hingga tanah menjadi saksi. Kerana cetusan polimik & politik yang sering bercanggahan terus melabuhkan keindahan pelangi dan lantas menimbulkan keadaan hitam gelap di seluruh pelusuk bumi.
Baik yang muda remaja , inikan yang sudah lama menghidu
nikmat alam dunia terus menyaksikan insan tidak berdosa dianiaya tiada batasnya. Lebih tragis , seorang pemuda mendakap darah dagingnya yang berlumuran darah disisi , sebelum menghembuskan nafas terakhirnya di muka bumi. Aaah! Berapa banyak lagi nyawa yang ingin dikorbankan bagi merealisasikan impian segilintir manusia yang teguh angkuh dengan prinsipnya.
Setelah penindasan agama & budaya berlaku di bawah langit
pelindung sang mentari , lantas mewujudkan suasana hening di kalangan etnik. Sampai bila lah kita akan saling memahami? Sampai bila perpaduan akan dikecapi? Hmm.. Hakikatnya ini tersemat dalam diri. Kaulah yang berhak menentukan suaramu. Kau lontarkanlah , kau laungkan peganganmu bagi mencipta suasana harmoni dalam kehidupan yang murni.


