Paksa
Hati dan naluri berbisik memberi isyarat pada sang mulut untuk meluahkan bibit-bibit bicara , melakukan pelbagai perkara yang mewarnai indah dunia. Akal berfikir dengan bijaksana supaya setiap langkah terus terjaga. Namun segalanya bukan dipaksa tapi ia datang dengan rela. Ku kupas sebuah kisah yang menjadi nadi cinta. Nilai persahabatan jauh pada dasar mulanya dan akhirnya lahir nafas cinta dalam lubuk isinya. Lewati masa demi masa tiada sapa yang mengetahuinya , hanya ada tanda tanya ,ada yang menhidunya , ada yang menyentuhnya dan ada yang menghalangnya. Di gelar teman satu ketika kelak kekasih di beri nama. Ia menjadi rahsia dari perbualan biasa. Namun lantunan dari hati tiada siapa dapat menghalangnya. Tak salah untuk bercinta , walau ada batu menjadi sempadannya. Tak salah untuk menolak cinta walaupun air setenang di muara. Biarlah perasaan cinta bergolak dengan seindahnya. Kerana cinta bukan untuk dipaksa untuk dikongsi bersama.
