« Home | Pilu » | Pencinta Sejati » | Aura » | Roda » | Liku » | Curiga » | Nasib » | Paksa » | kertas » | Cemburu »
Mata setia memerhati gerak geri cebis cebis makhluk di muka bumi ini. Namun adakah pandangan ini sedang menilai setiap segi dan peri? Maka jelingan ini menimbulkan pelbagai prasangka. Adakah pandangan ini tepat menjadi panji puji-pujian atau sekadar tempat untuk melepaskan nafsu kemarahan yang menguasai diri? Mata hanyalah bantuan buat sang hati melihat suasana. Tapi yang bisa melaksana datang jua dari hati. Biar ia nya tawa atau duka , kadang kala tangan lantas mengusap air yang mengalir dari pipi.Namun air jernih yang direnung menerusi mata , disulami dengan perasaan manja tidak ku sangka dipenuhi perasaan benci! Akibat sering diperhati membuatkan ramai menjadi tidak selesa dengan diri. Aku hanyalah manusia yang ingin menjadi sempurna buat semua. Aku hanyalah aku. Bukan ku minta untuk terus dicerca dan dicaci.Kata-katamu ibarat penunjang murka. Kau menuding jari umpama kau gah di langit dan bumi! Urghh.. Kapan harus ku sampai ke puncak sedangkan ramai yang ingin melihat ku jatuh. Kenapa dibiarkan kepingan yang terungkai dari jiwa terus terburai dek kerana perasaan dengki. Nyata aku ikhlas untuk menjadi seorang manusia mulia di kerdipan mata hitammu..