Kosong
3 tahun 7 bulan.. bukan satu tempoh masa yang singkat..untuk aku memang mudah untuk bercinta , tapi ia akan jadi lebih perit bila tiba masa untuk melupakan.. lebih luka lagi bila diriku telah ditinggalkan.. diriku menjadi kosong.. membuatkan aku berfikir di mana silap ku. titisan air mata sudah tiada maknanya, ia umpama air yang melimpah keluar tiada penghujungnya.. untuk menceritakan pengalamanku dengannya.. semua isi dlm perhubungan seorang pasangan bercinta telah aku lalui. tawa , duka .. urgh.. ia akan terus membuatkan aku teringatkan kepadanya.. kini sudah sebulan aku berpisah dengan nya , bagai tiada bezanya dengan hari pertama kami di pisahkan. Banyak lautan yang bergelora , kali ni aku rasa kewujudan yang amat dasyhat. aku tak mampu nak mengharunginya. Bagai ada saja yang menghalang. Pelbagai benda aku lakukan untuk melupakan, namun hanya perlu masa yang singkat untuk mengingatinya kembali. Ungkapan lagu² , alunan muzik membuatkan diriku menintiskan air mata... mungkin ada yang berkata , arh , takkan untuk seorang wanita.. tapi untuk ku kepada dia , aku tak menyesal mencurahkan segala. Namun, aku hilang satu permata yang amat bermakna untuk hidupku... Semuanya bermula apabila aku mula rasa gelisah kerana menglihat pada kebebasan nya dalam berkawan.. Dulu , aku hanya memberi sepenuh masa untuknya , tapi bila aku di sisihkan , aku rasa kurang sedap hati. Aku mengambil langkah dengan mencari lain kenalan. Dan bermulalah pergolakan dalam perhubungan kami.. aku memang tak sangka ia akan jadi begini.. Kalau Allah nak pusing sikit kejadianNya.. maka terima lah akibat.. Pada mulanya aku sendiri menentang setiap bibit kata yang keluar dari mulutnya.. Ego lelaki.. aku tau aku hebat.. aku tahu bukan silap aku... tapi setelah ku renungkan.. banyak yang bermain dalam fikiran ku.. aku terfikirkan kesalahan ku.. urgh.. memang banyak... bukan sahaja perpisahan , lebih elok kalau aku di bunuh. Aku akui diriku dulu banyak bermain dengan perasaan bukan dengan akal.. Sudah sebulan lebih ku berpisah.. dalam sebulan itulah aku banyak berfikir.. kami pun sering bertengkar.. masing² mahukan yang dialah yang betul.. kini ku tahu sayang.. kebenaran terletak di hatimu. Aku tahu kalau hanya memohon maaf tiada lagi maknanya buatmu.. Aku semakin sedar dlm lamunan mimpiku.. Aku tidak akan memaksa... Kau lebih berhak untuk memilih arah tujuan mu , biarlah aku bersendiri kerana dengan bersendirian lelah aku kan selalu berfikir. Aku harapkan kau tidak akan menjauhkan diri kerna jauh dalam hatiku berbisik aku amat merinduimu... bersambung....
