« Home | Wanita » | Singgah 2005 » | Jiwa » | Teman » | Gelisah » | Lemah » | Masih » | Mimpi Sedih » | Kosong » 

Saturday, March 18, 2006 

Indah

Raut wajah berseri menyinarkan keindahan seorang bidadari dan kemuliaan hati menyerlahkan peribadi murni. Ramai putera yang menjadi buta setelah terpesona dengan keayuan seorang puteri. Aku antaranya.. usah ditegar apa yang benar , usah diusik apa yang salah. Yakni mengerti lah , payung yang tinggi tiada dapat menahan titisan hujan jatuh ke bumi. Di mana sekalipun kau mengelak , keindahan wajah seorang wanita bakal kau jajahi. Bukan kerana kecantikannya , tapi bagi menilai hati budinya. Hari semakin hari aku semakin mengasihi , aku semakin mengerti , wanita mempunyai keunikan tersendiri. Usah kau biarkan dirimu bermain dengan perasaan , sekadar mengundang gadis dengan mecoretkan parut ke mukanya. Kau akan menyedari kelak tatkala mata sudah bertentang mata , hati mula berkata , dan kau yang mengiyakan segalanya. Biarlah ia ibarat pasir yang dilalui ombak laut , kembali tenang walau ia sering dilanda. Tiada kira ikal mayang rambut nya , tiada kira wanita bertudung rapi ikatnya , namun disebalik topeng muka ini lahirlah satu insan yang mempunyai pelbagai budi pekerti bentuknya. Baik buruk ketentuan jiwa , tugas mu wahai anak Adam adalah tuk menguasainya. Iman asas pada rupa , namun bicara hati sesama manusia adalah segalanya. Usah kau menyindir pada yang tercicir indahnya , namun satu hari kelak kau tahu , yang murni itu bahasa , yang indah itu , dari hati lahirnya...

About me

  • I'm amel
  • From Putrajaya, Malaysia
  • Ini hanyalah nukilan yang bermain di hati yang dicoretkan menjadi butir butir perkataan. Biar ia dihayati untuk pedoman di nian hari. Terdapat lebih dari 30 artikel untuk tatapan, hanya klik pada setiap bulan untuk setiap artikel
My profile
Powered by Blogger
and Blogger Templates